Penceramah agama dari India, Dr Zakir Naik, yang dijadwalkan menyampaikan ceramah di Universitas Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Malaysia pada 17 April ini terpaksa tidak boleh diteruskan.

Berikut pemaparan Kepala Polisi Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang menyatakan pihak polisi merasakan acara itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman publik dan sensitivitas agama di Malaysia.

Pemaparan itu turut disampaikan Khalid melalui akun Twitternya:

Twitt Kholid Abu Bakar

Dr Zakir yang memiliki penilaian kritis dalam soal perbandingan agama, diperkirakan akan menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) di UteM.

Terdahulu, Pemuda MIC telah membuat laporan polisi di seluruh negara untuk menghalang Dr Zakir daripada menyampaikan ceramahnya di Malaysia.

Dalam kenyataan, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh berkata, mereka juga mempertimbang untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi tujuan itu.

“Zakir Naik terkenal dengan taktik merendah-rendahkan agama lain yang mungkin mencetus rasa kurang senang tanpa memperhatikan sensitivitas pihak lain,” ujarnya.

Pada Jumat, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mendesak Putrajaya untuk mengharamkan penceramah itu memasuki Malaysia untuk memulai serangkaian ceramahnya di Terengganu, dengan dicap sebagai virus kepada masyarakat berbilang kaum.

Begitupun, pada Ahad, Dr Zakir menjadi penceramah undangan di Terengganu dengan menyampaikan ceramah bertajuk ‘The Importance of Unity Among Muslim Ummah’ (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam) selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak.

Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramahnya yang menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam.

Sumber: astroawani/ beritaislam24h.blogspot.co.id
Note: Kita do’akan, semoga di Indonesia beliau dilancarkan.

(nahimunkar.com)

(Dibaca 18.913 kali, 1 untuk hari ini)