KAUM LUTH ( قوم نبي لوط عليه السلام):
.
Umat Nabi Luth melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki (Homosexual):
Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel – Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin, Laut Mati.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat.semua mati selain mereka yang beriman adalah terselamat, mengikut al-Quranulkarim isteri Nabi Luth Alaihissalam juga mati bersama kuffar. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

Mengikut Kitab suci Taurat: Bencana ini digempa bumi, hujan api dan bumi dibalik dari bawah ke atas. Sebelum ini,bandar Sodom, yang mempunyai bukit-bukit dan ada jiga tanah rata, Allah menukar bumi ini menjadi laut mati

(Dead sea):

Erti Laut Mati:

(1)-Allah mematikan semua penduduk Sodom melainkan mereka yang beriman kepadanya.
(2)-Tidak ada hidupan laut, kerana terlalu masin airnya.
(3)-Laut berasingan yang tidak bersambung dengan laut besar, Jordan sebelah timur dan Palestin sebelah barat.

Airnya sangat masin bergaram , kita tidak boleh menyelam bahkan terapung.
Pandangan disegi agama bahawa laut ini adalah Allah menurunkan bencana.Adapun ahli arkiologi dan giologi mengkaji laut bergaram ini hasil dari banyak bahan-bahan logam bertambung didalamnya kerana tidak bersambung mengalir ke laut besar.

# Beberapa tahun yang lalu hasil kajian berjuma mayat-mayat menjadi batu keras bergaram,,(Lihatlah imaj).

Via Fb Ismail Bin Omar

(nahimunkar.org)

(Dibaca 206 kali, 1 untuk hari ini)