Tebar Suara | Malaisyia, Ahad – Rata-rata netizen mengutuk keras terhadap tindakan gerakan hak asasi manusia Hindu (Hindraf Makkal Sakthi), dan pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) yang mencoba menghalangi Dr Zakir Naik pada saat menyampaikan ceramah di Malaisyia nanti.

Berdasarkan Berita yang dikeluarkan Ismaweb.com (Portal Islam dan Melayu) semalam, rata-rata netizen tidak setuju dengan tindakan kedua kumpulan kelompok tersebut.

Menurut mereka kedatangan Dr Zakir adalah untuk memberi ceramah agama kepada umat Islam di negara Malaisyia dan Hindraf tidak layak untuk mencampuri dalam urusan umat Islam.

“Jangan campuri urusan agama Islam, pergi jaga urusan agama kamu,” kata Amin Rafiq melalui komennya di laman Facebook Ismaweb.

“Islam tidak memaksa sesiapa untuk memeluk agama Islam, Islam juga tidak mengganggu sesiapa, maka saya minta jangan ganggu Islam,” komen Rusly Hussein di laman yang sama.

Netizen juga turut mempersoalkan mengenai pegangan kelompok Pertubuhan ASWAJA yang seolah-olah mencoba menghalangi setiap ulama luar yang dijemput untuk memberikan ceramah di negari ini (Malaisyia).

“ASWAJA pula apa cerita? Sama sahaja seperti Hindraf,” kata pengguna Facebook, Zalani Harun.

Sebelumnya di kabarkan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam pernyataannya kepada kerajaan untuk tidak membenarkan Dr. Zakir menyampaikan seri ceramahnya di Kuala Lumpur dan Terengganu bulan ini.

Waythamoorthy beralasan ajaran yang disampaikan oleh Dr Zakir tidak sejajar dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah memberi amaran kepada Hindraf untuk tidak mencampuri urusan umat Islam dan jangan menuduh Dr Zakir sebagai penyebar kesesatan.

Selain itu, Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui pernyataan di laman Facebooknya turut berkomentar tentang Hindraf dan pertubuhan ASWAJA yang tidak setuju dengan kedatangan Dr Zakir. Beliau juga menegaskan untuk kelompok tersebut untuk hadir pada sesi soal-jawab dan membantahnya secara intelek kepada Dr. Zakir Naik.

Dr Zakir Naik yang dijadwal akan menyampaikan ceramahnya bertajuk ‘Is the Quran God’s Word?” di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 16 April nanti. (Ismaweb.com/tebarsuuara.com) – Minggu, 10 April 2016

(nahimunkar.com)

(Dibaca 2.738 kali, 1 untuk hari ini)