Seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya segera menyelidiki buku terbaru hasil tulisan seorang aktivis liberal, Irshad Manji.

Hasil pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, buku bertajuk “Allah, Liberty and Love” itu dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam, demikian dikutip kantor berita Bernama.

Ia juga meminta pada pihak berwajib termasuk KDN menjalankan tugasnya melalukan pemeriksaan di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor namun kuasa untuk melarang penjualan buku itu di negara ini terletak di tangan KDN.

“Di Kuala Lumpur, tempat-tempat yang dia (Irshad) pergi itu pihak-pihak bertanggungjawab sama ada di Kuala Lumpur ataupun di Selangor telah pun mengambil tindakan masing-masing,” katanya hari ini.

Ia juga mengatakan,  tindakan memeriksa buku apakah dijual atau sebaliknya, perlu dilakukan. Sebab seharusnya, buku seperti ini memang tidak dijual.

“Tindakan untuk pengharaman buku ni di bawah KDN. Kita (Jakim) boleh bagi pandangan kepada KDN dan berdasarkan daripada pengamatan awal kita, buku ini merupakan buku yang berbahaya kepada umat Islam, jadi kita akan panjangkan pandangan kepada KDN untuk buku ni diambil tindakan,” katanya.

Irshad, dikenal seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Ia masuk ke Malaysia untuk kampanye buku nya yang baru, setelah mendapat penolakan di Indonesia.

Sebelum ini, Jakim dan KDN telah melarang semua acara yang melibatkan wanita itu karena ideologi yang dibawanya dapat memberi implikasi buruk terhadap umat Islam di negara ini.
Ideologi tersebut juga dinilai bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), akta dan enakmen agama Islam negeri-negeri, undang-undang civil dan norma masyarakat.*

Rep: Panji Islam

Red: Cholis Akbar, Senin, 21 Mei 2012 Hidayatullah.com—

(nahimunkar.com)

(Dibaca 432 kali, 1 untuk hari ini)